22 Julai 2010, Pihak sekolah menganjurkan Majlis Mesra Akademik SKKN 2010 yang melibatkan pihak sekolah dan juga ibubapa penjaga murid sekolah ini. Sokongan dan sambutan yang diterima daripada pihak ibubapa amat membanggakan pihak sekolah kerana ia agak memberangsangkan.

Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kerana kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh ibubapa penjaga murid disini yang amat mengambil berat tentang perkembangan semasa pendidikan anak-anak disekolah.
Didalam ucapan ringkas Guru Besar SK. Kuala Nal, Nik Mood Nik Mat melahirkan perasaan gembira beliau melihat sambutan ibubapa yang sangat memuaskan.

Beliau amat menitik beratkan hubungan silaturahim yang utuh dan harmoni antara kalangan guru dan ibubapa murid bagi memastikan kelangsungan ini akan berterusan dan menjamin kemajuan pendidikan anak-anak yang belajar di sekolah ini.
Selain daripada itu juga, para ibubapa penjaga dinasihati untuk memahami tingkahlaku anak-anak yang mana mereka pada ketika ini memerlukan sepenuh perhatian agar kehidupan seharian mereka berada pada landasan yang betul.

Malah ibubapa juga disaran untuk memahami tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh para guru di sekolah. Dengan cara ini diharapkan ibubapa tidak hanya menyandarkan segala tanggungjawab pendidikan dan sosial hanya kepada guru semata-mata. Ini merupakan tanggungjawab bersama dan ibubapa dituntut memainkan peranan yang lebih kerana banyak faktor lain yang boleh menyekat guru untuk memberi perhatian yang sepenuhnya.
Di akhir ucapan, beliau amat mengharapkan peranan guru dihargai oleh ibubapa penjaga.

Tanpa mereka adalah mustahil akan wujudnya sebuah negara bangsa yang berjaya seperti yang kita kecapi pada hari ini.
Pada majlis ini juga diadakan upacara penyampaian hadian kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UBB3 yang diadakan baru-baru ini

. Selepas daripada itu, majlis seterusnya disusuli dengan acara menandatangani buku rekod pelajar oleh ibubapa penjaga masing-masing.
Kepada ibubapa dan guru yang terlibat pada majlis tersebut diucapkan berbanyak terima kasih kerana sokongan dan komitmen yang anda berikan menguatkan azam kami warga SKKN untuk berusaha dengan lebih gigih bagi menaikan martabat SK. Kuala Nal ke mercu kejayaan.