Thursday, January 21, 2010
Program Motivasi Keibubapaan 2010
19 Januari 2010, Program Motivasi Keibubapaan 2010 dianjurkan oleh pihak sekolah dengan menjemput semua ibubapa penjaga murid SK. Kuala Nal bagi menghadiri program yang bertujuan untuk memberi motivasi kepada mereka dalam aspek pengurusan dan pendidikan anak-anak. Dalam program tersebut Kaunselor dari PPD Kuala Krai, YM. Tg. Abdullah B. Tg. Ismail menjadi penceramah jemputan untuk memberi motivasi kepada semua ibubapa dan murid SK. Kuala Nal. Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada ibubapa dan penjaga dalam memastikan anak-anak menjadi anak yang cemerlang dalam pendidikan gemilang dalam budi pekertinya. InsyaAllah.




Wednesday, January 13, 2010
Majlis As Syura Peringkat Sekolah
09 Januari 2010, Majlis Sambutan As Syuara Peringkat Sekolah Kebangsaan Kuala Nal diadakan dengan sokongan dan penglibatan semua kakitangan dan komuniti Kg. Kuala Nal.


Sunday, January 3, 2010
Kenali kami..
Piagam Pelanggan SK. Kuala Nal:
Berazam Untuk:
SK. Kuala Nal sebagai institusi pengajaran dan pembelajaran yang unggul 2010
Misi Sekolah:
Menyamaratakan pentas pendidikan dengan merapatkan jurang Akademik, HEM dan Ko-k dengan sekolah-sekolah bandar
Motto:
Bersama melahirkan generasi yang Cerdas, Cergas dan Berwawasan
Berazam Untuk:
- Semua murid mendapat pendidikan yang berkualiti
- Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, selesa dan memuaskan
- Masalah diselesaikan dengan adil dan saksama
- Mewujudkan hubungan yang baik dengan komuniti
- Tiada hasil kecuali kecemerlangan
SK. Kuala Nal sebagai institusi pengajaran dan pembelajaran yang unggul 2010
Misi Sekolah:
Menyamaratakan pentas pendidikan dengan merapatkan jurang Akademik, HEM dan Ko-k dengan sekolah-sekolah bandar
Motto:
Bersama melahirkan generasi yang Cerdas, Cergas dan Berwawasan
Selamat Datang ke Blog SK. Kuala Nal
Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Sk. Kuala Nal, Kuala Krai Kelantan. Blog ini akan memaparkan segala maklumat, aktiviti, program dan sebagainya yang berlangsung di sini untuk faedah kita semua. Semoga kita semua dapat memberi atau berkongsi apa jua perkara yang bermanfaat serta memberi komen dan tunjuk ajar yang membina supaya blog ini mampu menjadi pusat maklumat kita semua. Sekian terima kasih..