Saturday, February 13, 2010

Kejohanan Merentas Desa Dan Sukan Tara 2010

07 Febuari 2010, berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa dan Acara Sukan Tara untuk sesi kali ini. Ini merupakan pertandingan yang dilangsungkan pada peringkat awal bagi pemburuan mata penting untuk pasukan rumah masing-masing. Ikuti pelbagai aksi-aksi menarik yang akan dipertontonkan kepada anda semua.


Thursday, February 11, 2010

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon 1 PPD Kuala Krai

08 Feb 2010, Berlangsungnya Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon 1 Kuala Krai. Sekolah ini telah terpilih sebagai tuan rumah untuk pertandingan pada tahun ini. Sebanyak 8 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini dan semuanya menunjukkan prestasi dan komitmen yang cukup tinggi untuk menjadi Johan.

Pada edisi kali ini SK. Kuala Nal telah menjadi Johan dengan menewaskan SK. Telekong pada perlawanan akhir yang berlangsung dengan cukup sengit. Tahniah kepada guru pembimbing selaku Jurulatih skuad Bola Jaring sekolah iaitu Pn. Norhashimah dan Pn. Siti Zanariah. Begitu juga kepada semua pemain, kesungguhan anda membawa kejayaan kepada kita semua selaku JUARA! Tahniah..





Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah 2010

07 Feb 2010, Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah 2010 berlangsung dengan jayanya. Majlis dirasmikan oleh Insp. Mazlan merangkap Ketua Balai Polis Kuala Krai. Pada majlis tersebut Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber telah dilantik secara rasminya untuk memikul amanah yang diberikan kepada mereka.

Justeru itu, kepada pengawas-pengawas yang terpilih perlu menjadikan amanah ini sebagai asas memperkukuhkan jati diri anda menjadi seorang yang berdisiplin, cekap, tegas dan mampu berdikari. Selamat Maju Jaya..





Wednesday, February 3, 2010

Lagu Sekolah

SK Kuala Nal sekolah kami
Indah Permai ceria panorama
Dengan megah terus mara
Segalanya kami bangga

Sekolah kami menuju era jaya
Bersama guru serta muridnya
Dengan sokongan para ibubapa
Segalanya pasti jaya

Usaha, ikhtiar rentasi dugaan
Menyahut seruan hadapi cabaran
Menuju ke era wawasan
Semoga Allah kabulkan

Putera puteri bersemangat waja
Tidak mengenal alpa dan leka
Dididik diasuh rajin usaha
Semuanya pasti jaya

SK. Kuala Nal sekolah
Indah permai ceria panorama
Dengan megah terus mara
Segalanya kami bangga (3x)