Selamat Maju Jaya kami ucapkan. Ampun dan maaf kami panjatkan semoga kejayaan mengiringi kerjaya beliau di SK. Rantau Panjang...
Sunday, March 28, 2010
Majlis Jamuan & Perpisahan Guru Besar SK. Kuala Nal
22 Mac 2010, Detik ini merupakan hari terakhir Pn. Fauziyah Ismail menabur baktinya selama 16 bulan 16 hari di SK. Kuala Nal. Beliau telah berpindah ke SK. Rantau Panjang, untuk menyambung kembali tugasnya selaku Guru Besar baru di sana. Sesungguhnya kami warga sekolah amat terharu akan perpindahan beliau kerana usianya di sini masih terlalu awal dan banyak jasa, idea dan pengorbanan yang telah beliau curahkan untuk melihat anak-anak didik SK. Kuala Nal memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Apa pun demi tugas dan tuntutan amanah yang harus dipikul, kami merelakan beliau pergi menyambung jasa di tempat yang lebih memerlukannya.
Selamat Maju Jaya kami ucapkan. Ampun dan maaf kami panjatkan semoga kejayaan mengiringi kerjaya beliau di SK. Rantau Panjang...

Selamat Maju Jaya kami ucapkan. Ampun dan maaf kami panjatkan semoga kejayaan mengiringi kerjaya beliau di SK. Rantau Panjang...
Thursday, March 18, 2010
Program Motivasi Pelajar UPSR 2010
15 Mac 2010, pihak sekolah telah menganjurkan Program Motivasi Pelajar-pelajar UPSR kali pertama bagi tahun 2010. Program dikendalikan oleh Unit Kaunseling yang diketuai oleh Pn. Zunariah bt. Mohd Nazir. Program kali ini berlangsung dalam dua sesi. Sesi pertama ialah Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Kaunselor PPD iaitu YM. Tg. Abdullah B. Tg. Ismail sebagai penceramah untuk memberikan motivasi kepada murid-murid tahun 6. Manakala pada sesi kedua, murid-murid telah didedahkan dengan aktiviti kumpulan yang dikendalikan oleh bekas murid SK. Kuala Nal yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR.
Harapan pihak sekolah agar program ini mampu menjana motivasi murid untuk berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan impian mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2010. Semoga berjaya..

Sunday, March 14, 2010
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1431 H
10 Feb 2010 bersamaan 24 RabiulAwal 1431 Hijrah, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan bertempat di Dewan Iltizam SK. Kuala Nal. Upacara dimulakan dengan perarakan sambil dialunkan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W bermula di dataran sekolah ke Masjid Kg. Kuala Nal. Kemudiaannya majlis diserikan lagi dengan beberapa acara seperti Persembahan Nasyid, Bercerita, Pertandingan Alunan Azan dan lain-lain.
Disamping itu juga, sambutan turut dibuat pengisian kerohanian dengan menjemput penceramah luar iaitu Ustaz Muslim B. Hassan. Sambutan daripada ibubapa murid serta AJK Masjid amat dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

Thursday, March 4, 2010
Acara Sukan Tahunan 2010
01 Mac 2010 - Acara Sukan Tahunan 2010 berlangsung dengan meriah dan jayanya oleh semua warga sekolah dan komuniti kampung yang turut sama mengambil bahagian bagi menjayakan acara sukan yang telah menjadi tradisi dan sinonim dengan masyarakat kampung ini. Acara sukan tersebut telah dirasmikan oleh pegawai dari PPD Kuala Krai.
Terdapat pelbagai acara dipertandingkan untuk kategori Tahap 1 dan 2, Guru dan kakitangan serta komuniti kampung Kuala Nal. Pada masa yang sama juga pemilihan peserta dibuat untuk mewakili sekolah dalam pertandingan sukan pada peringkat Zon 1 PPD Kuala Krai.Rumah Biru menjadi Juara keseluruhan acara yang dipertandingkan pada tahun ini.
Ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan acara sukan tahunan pada kali ini. Saksikan aksi dan gelagat peserta dalam gambar yang akan dipaparkan.