Monday, April 26, 2010
Pertandingan Pidato dan Bercerita Peringkat MSSZ 1 PPD Kuala Krai 2010
22 April 2010, MSSZ 1 PPD Kuala Krai telah menganjurkan Pertandingan Pidato dan Bercerita Peringkat Zon 1 yang diadakan di SK. Kuala Nal. Setiap pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Keseluruhannya upacara berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran bakat-bakat cilik yang begitu teruja menunjukkan bakat masing-masing.



Sambutan Harijadi Pra Sekolah 2010
<
21 April 2010, Pra sekolah telah mengadakan Sambutan Harijadi Prasekolah 2010. Guru Pembimbing Pn. Suhana dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM), Pn. Rosmaria merupakan tenaga pengerak kepada kemajuan dan pencapaian Pra Sekolah SK. Kuala Nal sehingga ke hari ini. Tahniah di atas segala usaha dan tenaga yang disumbangkan bagi memastikan anak-anak Kg. Kuala Nal mendapat pendidikan awal dengan sempurna. Happy Birthday to Pra Sekolah!

21 April 2010, Pra sekolah telah mengadakan Sambutan Harijadi Prasekolah 2010. Guru Pembimbing Pn. Suhana dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM), Pn. Rosmaria merupakan tenaga pengerak kepada kemajuan dan pencapaian Pra Sekolah SK. Kuala Nal sehingga ke hari ini. Tahniah di atas segala usaha dan tenaga yang disumbangkan bagi memastikan anak-anak Kg. Kuala Nal mendapat pendidikan awal dengan sempurna. Happy Birthday to Pra Sekolah!
Tuesday, April 13, 2010
Program Kecemerlangan Pelajar UPSR Peringkat Zon 1 Kuala Krai
12 April 2010, SK. Kuala Nal telah menjadi tuan rumah kepada Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2010 Peringkat Zon 1 Kuala Krai yang dianjurkan oleh SK. Bedal. Seramai 95 calon telah mendaftarkan diri dari setiap sekolah di zon 1 telah menghantar calon UPSR mereka pada tahun ini untuk mengikuti ceramah motivasi dan penerangan untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program berlangsung dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.


Monday, April 12, 2010
Majlis Sambutan Kedatangan Guru Besar Baru SK. Kuala Nal
11 April 2010, Majlis Sambutan Kedatangan Guru Besar Baru SK. Kuala Nal telah diadakan. Selamat datang kepada Nik Mood B. Nik Mat, Guru Besar Baru SK. Kuala Nal 2010. Beliau sebelum ini bertugas di SK. Pengkalan Kubur 2 di Tumpat. Pihak Guru, kakitangan dan murid amat mengalu-alukan kedatangan Guru Besar baru sekolah ini mengantikan Guru Besar yang sebelum ini telah berpindah ke SK. Rantau Panjang. Selamat bertugas kami ucapkan dari seluruh warga sekolah. Semoga kedatangan beliau akan menambahkan lagi kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum sekolah ini pada tahun ini.



Sunday, April 4, 2010
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36
28 Mac 2010, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36 telah diadakan di SK. Kuala Nal. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBg. Dato Hj. Ramzi B. Hj. Ab Rahman, Pengerusi Kesedar. Upacara bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Majlis dimulakan dengan persembahan silat dan diikuti lagi bebarapa acara seperti penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang dalam UPSR 2009, Cabutan Bertuah, Nasyid dan bacaan Al-Quran. Selepas upacara perasmian mesyuarat oleh Ybg. Dato'Ramzi, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36 baru di langsungkan.









Labels:
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36