30 Julai 2010, Program Kutipan Derma Tabung PIBG SK. Kuala Nal 2010 telah diadakan dengan meriahnya. Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat komuniti kawasan sekitar Kg. Kuala Nal yang rata-rata menyambut baik program ini yang semata-mata bertujuan untuk mengisi tabung PIBG sekolah.

Ia berikutan beberapa agenda pembangunan akademik dan kurikulum sekolah tidak dapat dijayakan dengan sepenuhnya kerana sekolah mempunyai peruntukkan kewangan yang terhad. Justeru pada kali ini, diharapkan dengan sumbangan derma yang diperolehi akan memberi kita ruang untuk lebih menyerlahkan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik SK. Kuala Nal.
Ucapan ribuan terima kasih terutamanya kepada Jawatankuasa PIBG sekolah yang bertungkus lumus mengerakkan aktiviti dan program pada hari tersebut. Pelbagai

aktiviti diadakan misalnya Pertandingan Melukis dan Mewarna, Acara sukaneka, Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pemeriksaan kesihatan percuma daripada KKM, Cabutan Bertuah dan kemuncaknya ialah Persembahan Dikir Barat.

