Pada 05 & 06 Ogos 2010, Pihak SK. Kuala Nal telah mengadakan program REhat Minda Pelajar Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan tersebut pada 21 hingga 23 September 2010. Secara tradisinya program ini telah menjadi program wajib pada setiap tahun yang dikhususkan hanya kepada murid tahun 6 sahaja. Untuk tahun ini pihak sekolah warga guru, kakitangan serta pelajar berkampung di Sudara Beach Resort, Tok Bali, selama 2 hari 1 malam bagi mengikuti beberapa acara yang dirancang bagi mencapai objektif kita untuk “Merehatkan Minda” pelajar tahun 6 yang sekian lama terpaksa meluangkan banyak masa dengan belajar. Dengan itu adalah diharapkan semua pelajar dapat mengambil peluang ini untuk berehat seketika sebelum turun berjuang dalam peperiksaan UPSR September ini.
Antara program yang diaturkan untuk pelajar ialah Program Motivasi, Latihan Peperiksaan UPSR, Senam Robik, Bola sepak pantai, Bola Tampar Pantai, Treasure Hunt dan sebagainya.